FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

04 Apr 2025

Pengurusan risiko

Definisi dan Contoh Pelan Trading Forex

(Main).jpg

Ada beberapa tahap kompleksiti dalam trading. Tahap yang paling mudah melibatkan perkara-perkara seperti membeli dan menjual aset, dan yang lebih komprehensif termasuk pengurusan risiko, timing, dan objektif. Semua ini perkara yang mesti ada untuk setiap trader yang berjaya. Dalam artikel ini, kami menjelaskan semua yang anda perlu tahu tentang peraturan-peraturan yang perlu anda patuhi untuk trade dengan baik.

Apakah itu pelan trading?

Pelan perdagangan adalah satu set peraturan yang perlu diikuti oleh trader untuk mencapai objektif mereka. Ia termasuklah timing (penentuan masa), toleransi risiko, saiz pesanan, dan titik masuk/keluar.

Pelan trading sering juga menggariskan bagaimana trader akan menguruskan posisi-posisi yang sedang aktif, sekuriti apa yang boleh mereka trade, dan banyak lagi peraturan yang mungkin berguna.

Sesetengah orang mungkin berfikir mereka tidak memerlukan pelan trading untuk berprestasi dengan baik. Dalam sesetengah kes, trader bernasib baik berjaya mencatat keuntungan untuk satu tempoh. Walau bagaimanapun, trading tanpa pelan trading biasanya membawa kepada kerugian yang teruk kerana trader sukar mengawal emosi mereka ketika pasaran meruap dengan melampau, atau selepas beberapa posisi yang untung atau rugi berturut-turut.

image_1.jpg

Malah, selagi anda belum selesai membuat pelan trading anda, pakar trading mengesyorkan agar anda trade dengan akaun demo sahaja. Dengan cara itu, anda akan dapat mengumpul maklumat yang mencukupi dan mengalami sendiri trading tanpa pelan, untuk memahami kepentingannya.

Memahami pelan trading

Pelan trading menggabungkan pelbagai peraturan trading dan mengandungi algoritma yang anda perlu ikuti. Oleh itu, matlamat asas suatu pelan adalah untuk membantu anda mencapai matlamat peribadi anda dalam trading. Katakanlah matlamat â„–1 anda adalah untuk mengelak daripada mencatat kerugian yang teruk. Kemudian, pelan trading anda harus mengandungi satu fasal yang menggariskan bahawa anda harus berhenti trade dan berehat selepas satu siri urusniaga yang berkesudahan buruk. Anda juga boleh mengubah strategi trading anda sekiranya berlaku kerugian yang berpanjangan, yang juga merupakan sebahagian daripada pelan trading anda.

Pelan trading boleh menjadi sangat panjang dan mengandungi pelbagai spesifikasi yang berbeza. Namun, pelan trading yang ringkas dan mudah tidak semestinya tidak bagus. Jika anda membuat pelaburan jangka panjang, anda boleh menentukan amaun wang yang anda sedia untuk laburkan setiap bulan, jangkaan hasil anda, dan tindakan-tindakan anda sekiranya kerugian berlaku secara berpanjangan. Pelan ini akan berfungsi dengan baik, terutamanya di pasaran saham global, yang cenderung untuk bertumbuh dari masa ke masa. Namun begitu, pelan trading ini tidak mempunyai had masa, yang bermaksud ada kemungkinan trader akan terus memegang aset ini selama bertahun-tahun atau bahkan beberapa dekad sebelum anda dapat melihat sebarang keuntungan.

Trader swing dan intrahari mempunyai pelan yang panjang yang merangkumi pelbagai spesifikasi rutin trading. Dengan adanya pelan, trader boleh menentukan sama ada suatu urusniaga berbaloi atau tidak, mengambil suatu tindakan dan mengawal hasilnya ke tahap yang maksimum. Sekalipun jika suatu urusniaga itu bergerak ke arah yang salah, dengan pelan trading, anda boleh meminimumkan risiko.

Contoh pelan trading

Rajah di bawah adalah contoh pelan trading yang berasaskan trend. Perhatikan bahawa pelan ini tidak memasukkan banyak unsur yang penting — timing (pemilihan masa), pengurusan risiko, titik keluar, rangka masa, dan jenis aset. Walau bagaimanapun, contoh ini adalah satu titik permulaan yang baik.

image_2.jpg

Pelan trading anda harus teratur seperti kedai serbaneka, dengan segala yang anda perlukan ada di satu tempat. Kami mencadangkan agar anda memasukkan sebanyak mungkin butiran ke dalam pelan anda kerana keputusan anda akan bergantung padanya. Jika anda berada dalam situasi yang goyah, pelan trading anda perlu sentiasa mempunyai arahan yang anda akan ikuti.

Berikut adalah item-item yang harus terkandung dalam pelan trading yang disediakan dengan baik dan komprehensif:

  • Rutin pra-pasaran. Apa yang anda lakukan sebelum trading bermula? Mungkin anda membaca semua berita terkini dan memutuskan aset apa yang anda akan pilih untuk hari tersebut? Atau mungkin anda meninjau setiap aset yang anda trade dan menandakan aras-aras sokongan dan rintangan? Dalam kedua-dua kes, rutin pra-pasaran membantu anda menumpukan perhatian pada trading dan menyisihkan semua hal lain yang boleh mengganggu fokus anda. Bina satu rutin yang anda ikuti untuk memupuk disiplin dan konsistensi, dan gariskannya dalam pelan trading anda. Kemudian, ikuti rutin ini setiap hari.

  • Rangka masa. Trading di rangka masa yang lebih besar berbeza daripada scalping atau trading intrahari. Sesetengah strategi trading, seperti "gap dan go", cenderung berfungsi dengan lebih baik pada rangka masa kecil M5-M15, manakala yang lain, seperti trading mengikuti trend (trend trading), berjalan dengan lebih baik di H4-MN (satu bulan). Ini tidak bermakna anda akan kehilangan wang anda jika anda cuba untuk memburu trend pada rangka masa M5, tetapi ia cara yang lebih sukar, terutamanya di pasaran Forex, di mana pergerakan mendatar adalah yang paling sering dilihat. Sila maklum bahawa sesetengah trader menggunakan setiap rangka masa dan tidak melihat apa-apa perbezaan antara trading di M5 dan H4. Jika anda salah seorang dari mereka, anda boleh melangkau langkah ini dan beralih ke langkah yang seterusnya.

  • Pengurusan risiko. Ini bahagian yang penting. Pengurusan risiko yang betul akan melindungi anda daripada kehilangan semua wang anda pada satu hari yang malang, dan membawa strategi trading anda ke tahap yang lebih baik.

    • Untuk mempertingkatkan pengurusan risiko anda, anda perlu memperuntukkan had maksimum surutan harian (maximum daily drawdown) – kerugian yang mungkin berlaku selepas anda berhenti trading dan mula menganalisis kesilapan anda. Biasanya, trader memperuntukkan surutan harian sebanyak 5-10%, dan sekiranya ia dicapai mereka akan berhenti daripada membuka lebih banyak urusniaga pada hari tersebut.

    • Selain itu, trader juga harus menentukan berapa nilai maksimum kerugian yang beliau redha untuk tanggung dalam satu urusniaga. Bagi saya, ia 3% daripada modal per urusniaga, tetapi trader yang lebih konservatif sering berpegang pada angka 1% daripada modal untuk setiap urusniaga. Ini bermakna anda perlu mengalami 100 urusniaga buruk berturut-turut sebelum akaun anda jadi licin dan kering kontang, dan anda tak akan pernah mengalami 100 kerugian berturut-turut jika strategi trading anda memang menguntungkan.

    • Akhir sekali, adalah lebih baik jika anda mempunyai nisbah 'risiko berbanding ganjaran' (risk to reward) yang baik. Nisbah R/R mengukur jangkaan pendapatan dan kerugian dalam pelaburan dan urusniaga anda. Saya mencadangkan nisbah R/R sekurang-kurangnya 1:1.5. Dengan cara ini, bagi potensi kerugian sebanyak X, potensi keuntungan anda daripada setiap urusniaga adalah 1.5X. Walau bagaimanapun, trader yang tidak menetapkan aras Renti Rugi dan Ambilan Untung terlebih dahulu boleh melangkau bahagian ini jika pelan trading mereka membenarkannya.

  • Tentukan sama ada anda akan trade dalam pasaran yang trending atau mendatar (ranging). Terdapat perbezaan yang besar. Pedagang trend mungkin membiarkan buka pesanan terus aktif lebih lama kerana trend cenderung untuk berterusan. Oleh itu, para trader ini mungkin akan mencatat keuntungan yang lebih besar dengan risiko yang lebih kecil. Sebaliknya, range trader lebih banyak meraih manfaat daripada pergerakan yang mendatar dan pengukuhan harga.

  • Jenis pasaran. Pasaran saham dibuka hanya pada jam-jam tertentu, dan anda mesti berada di hadapan platform trading anda tepat pada masanya setiap hari bekerja. Pasaran matawang kripto didagangkan 24/7, dan anda tidak patut membiarkan pesanan anda tanpa Renti Rugi lantaran kerana kemeruapannya yang tinggi. Pasaran Forex dibuka 24/5 (ditutup pada hujung minggu), tetapi kemeruapannya lebih rendah. Namun semua itu belum mengambil kira pelbagai peristiwa makroekonomi yang mempengaruhi pasaran-pasaran ini. Pilih yang mana sahaja yang anda paling suka: adalah lebih mudah untuk trade aset yang anda minati.

  • Anda perlu mencari gerakan-gerakan yang sama di pasaran dan membuka urusniaga hanya jika ia menepati apa yang telah ditulis dalam pelan trading anda. Terdapat beberapa pilihan untuk titik masuk:

    • Pullback adalah masa yang sesuai untuk membeli sekiranya trend sedang menaik.

    • Penembusan tulen sesuai untuk mereka yang mahukan pengesahan pergerakan yang lebih meyakinkan. Walau bagaimanapun, anda harus awas dengan penembusan palsu.

    • Jika anda menggunakan indikator teknikal dalam trading anda, seperti MACD, anda boleh membuka urusniaga apabila garisan indikator bersilang.

    • Anda boleh cipta signal masuk anda sendiri. Sebagai contoh, ia mungkin capahan (divergence) pada osilator RSI, penyentuhan aras pengunduran Fibonacci (Fibonacci retracement), atau pola candlestick. Namun, adalah lebih baik untuk membuka urusniaga berdasarkan lebih dari satu sebab dan tidak hanya bergantung pada satu pola atau indikator teknikal sahaja.

  • Renti Rugi (Stop Loss). Setiap trader mesti mempunyai pelan tindakan jika keadaan menjadi buruk. Anda boleh menetapkan Renti Rugi sebelum membuka urusniaga dan lupakan carta setelah pesanan dibuka. Sebaliknya, anda juga boleh memantau urusniaga anda dan memutuskan di mana dan bila anda mahu menutupnya. Pendekatan ini lebih berisiko kerana anda boleh membuat keputusan yang didorong oleh emosi dan rugi walaupun urusniaga anda berpotensi untuk memberikan keuntungan.

  • Ambilan Untung (Take Profit) Jika anda mempunyai nisbah risiko berbanding ganjaran, kedudukan Ambilan Untung anda lebih jauh daripada Renti Rugi anda. Walau bagaimanapun, anda boleh tutup sebahagian daripada posisi anda di sasaran pertama dan kemudian menganjakkan Renti Rugi anda ke titik pulang modal. Dengan cara ini, urusniaga anda menjadi bebas risiko, dan anda boleh mengekalkannya lebih lama, meningkatkan keuntungan anda.

Rajah di bawah akan membantu anda semasa anda mencipta pelan trading anda.

image_3.jpg

Pelan trading taktikal atau aktif

Ramai pelabur menggunakan pelaburan automatik untuk melaburkan sejumlah wang tertentu setiap bulan ke dalam dana amanah atau aset-aset lain. Pelan trading sedemikian disebut sebagai automatik. Walaupun proses ini berjalan dengan sendirinya, ia masih perlu dicatatkan ke dalam pelan anda.

Jika pelan trading anda menggariskan syarat di mana anda boleh mencari titik masuk yang baik, pelan tersebut dipanggil pelan taktikal atau aktif. Tidak seperti pelaburan automatik, di mana pelabur membeli sekuriti pada selang waktu yang tetap, trader taktikal biasanya masuk dan keluar posisi pada aras harga tertentu atau hanya apabila syarat tertentu dipenuhi. Lantaran itu, pelan trading aktif jauh lebih terperinci.

Trader taktikal perlu melihat satu set syarat terpicu sebelum membuka urusniaga. Sesetengah daripadanya berbentuk signal indikator teknikal, bias statistik, atau pengumuman ekonomi. Oleh itu, bab "Contoh pelan trading" akan mengupas tentang pelan taktikal, yang lebih sesuai untuk trader.

Mengubah suai pelan trading

Pelan trading yang bagus tidak perlu diubah untuk satu tempoh yang lama. Biasanya, ia meliputi semua situasi yang anda mungkin akan hadapi semasa bekerja dengan pasaran. Oleh itu, anda tidak wajar mengubah pelan trading anda apabila anda rugi berturut-turut atau melalui hari yang sangkak kerana pelan trading anda mengandungi maklumat tentang cara-cara untuk bertindak dalam situasi seperti itu.

Namun, sebagai trader, kita mesti meningkatkan prestasi dan berusaha untuk membangunkan kemahiran dan pengetahuan kita. Oleh itu, jika anda sudah mencapai satu tahap yang lebih tinggi di mana pelan perdagangan lama anda sudah tidak sesuai lagi, mempertingkatkannya atau mencipta pelan baru yang mencerminkan perspektif pasaran terkini adalah tindakan yang bijak. Perhatikan bahawa anda harus menjauhkan diri daripada trading sehingga pelan trading baharu anda siap dan sedia untuk digunakan.

Sekatan trading

Peraturan yang paling penting bagi mana-mana pelan trading adalah mematuhinya. Anda perlu memperincikan setiap langkah yang anda lakukan untuk meraih keuntungan. Selain itu, jika pelan trading anda berdasarkan indikator teknikal, anda boleh menjadikannya satu strategi trading teralgoritma.

Sebagai contoh, anda boleh mencipta robot yang mengikuti setiap langkah di dalam pelan anda, membuka dan menutup urusniaga, dan bahkan berhenti trading apabila ia rugi berturutan.

Seksyen pengurusan risiko di dalam pelan trading anda perlu merangkumi tindakan yang boleh anda ambil sekiranya berlaku kerugian yang besar. Selepas beberapa siri urusniaga yang gagal, adalah lebih baik jika anda berhenti trading dan berehat daripada pasaran. Tindakan terbaik yang boleh anda lakukan dalam kes ini adalah untuk menganalisis apa yang berlaku. Jika anda membuat kesilapan yang membawa kepada kerugian, tuliskannya dalam jurnal trading anda dan cuba elakkannya pada masa hadapan. Jika anda tidak membuat sebarang kesilapan dan pasaran berkelakuan tidak seperti yang diramalkan, berehat dan menikmati secawan teh atau kopi sudah mencukupi.

Perbezaan antara pelan trading dan sistem trading

Sistem trading adalah satu set peraturan yang merumuskan signal beli dan jual tanpa sebarang unsur yang subjektif. Secara ringkas, sistem trading menentukan dengan tepat bagaimana anda membuka urusniaga. Bagaimana anda memecah-mecahkan (split) pesanan anda, dan adakah anda memang tidak memecahkan pesanan? Adakah anda akan beli sekarang atau menunggu lebih lama sedikit? Sistem trading tahu jawapannya.

Oleh itu, pelan trading lebih daripada sekadar sistem yang memberitahu anda bila untuk membuka dan menutup urusniaga. Ia ibarat buku resipi untuk semua keperluan trading anda dan situasi yang anda mungkin akan hadapi dalam penerokaan trading anda.

Rangkuman

Pelan trading mentakrifkan lebih daripada sekadar titik masuk dan keluar. Ia satu set peraturan yang komprehensif yang memberikan anda jawapan bagi setiap rutin trading anda. Tiada trader yang berjaya tanpa pelan trading yang betul; jadi adalah lebih baik jika anda mencipta sendiri pelan anda berpandukan artikel ini.

SOALAN LAZIM

Mengapa pelan trading penting?

Pelan trading memberikan anda jawapan tentang tindakan yang harus anda lakukan dalam pelbagai situasi yang berbeza. Tanpanya, peluang anda untuk berjaya di pasaran kewangan jauh lebih tipis.

Apa yang perlu ada di dalam pelan trading?

Pelan trading harus merangkumi rutin pra-pasaran, rangka masa, pengurusan risiko, situasi pasaran, jenis pasaran, titik kemasukan, serta aras Renti Rugi dan Ambil Untung.

Apakah itu pelan trading dalam Forex?

Pelan trading adalah satu set peraturan yang perlu diikuti oleh trader untuk mencapai objektif mereka. Ia termasuklah masa, toleransi risiko, saiz pesanan, dan titik masuk/keluar. Selain itu, pelan trading sering menggariskan bagaimana trader harus mengurus posisi, sekuriti apa yang mereka boleh trade, dan pelbagai peraturan lain.

Apakah 'golden rule' dalam trading?

Anda boleh membuat banyak wang jika anda konsisten, belajar daripada kesilapan anda, dan mengikuti teknik pengurusan risiko. Jangan lupakan perkara-perkara ini dan anda akan menikmati hasil yang baik.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.