Oleh kerana anda membaca catatan ini di blog FBS, pasti anda sedang mencari peluang untuk meningkatkan pendapatan. Kami senang hati melihat anda ingin mencapai kejayaan kewangan dan meningkatkan status kewangan anda menerusi trading. Sekarang, mari kita perhitungkan salah satu prasarana penting yang anda perlukan — platform trading anda.
Pertama sekali, anda perlu tahu pilihan yang ada untuk anda. Platform trading adalah perisian yang membolehkan anda trade melalui broker. Platform membolehkan trader membuka posisi untuk instrumen trading yang berbeza, melaksanakan strategi trading mereka, menganalisis prestasi mereka, dan menggunakan tetapan pengurusan risiko untuk meningkatkan keberhasilan mereka.
Dengan akaun trading FBS anda, anda boleh memilih platform yang anda rasa paling selesa dioperasikan. Mari kita lihat platform trading mana yang sesuai untuk anda. Kami akan menerangkan perbezaan antara pilihan-pilihan utama, untuk siapa ia diciptakan, dan mengapa anda wajar memilih salah satu daripadanya berbanding yang lain.
Aplikasi telefon FBS
Mari kita mulakan dengan pilihan yang paling jelas dan boleh digunakan oleh semua orang tidak kira apa jua tahap pengalaman mereka dalam trading — aplikasi telefon FBS. Pasukan pembangunan aplikasi ini telah melakukan yang terbaik untuk menjadikan aplikasi ini sebagai penyelesaian ringkas yang mampu dikuasai dan dinikmati oleh sesiapa sahaja.
FBS dibina sebagai aplikasi all-in-one untuk trading. Dengan memiliki semua fungsi yang diperlukan oleh trader, ia penyelesaian yang mampu membantu semua trader menyerlahkan potensi mereka dalam trading.
Apakah yang dimaksudkan dengan "all-in-one"? Ini bermakna anda memuat turun dan memasang hanya satu aplikasi, dan anda tidak memerlukan apa-apa perisian lain pada peranti anda lagi kerana ia sudah cukup untuk memenuhi semua keperluan anda:
-
Urus baki anda: deposit dan keluarkan dana menggunakan salah satu daripada 200+ penyedia servis pembayaran
-
Terima konten berharga menerusi notifikasi push
-
Laras suai carta untuk instrumen menggunakan pelbagai indikator
-
Trade menggunakan aplikasi itu sendiri dan menerapkan tetapan pengurusan risiko
-
Akses prestasi trading anda dengan hanya satu tap
-
Hubungi khidmat pelanggan 24/7 menerusi live chat