FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

14 Apr 2025

Strategi

Strategi Perdagangan 30 Pip Sehari

Main.jpg

30 Pip Sehari ialah satu strategi perdagang yang digunakan di pasangan-pasangan matawang yang meruwap seperti GBP/JPY. Ini kerana pendekatan ini memerlukan ruang yang luas untuk manuver perdagangan bagi mendapatkan margin keuntungan yang dikehendakkan. Juga, matawang yang meruwap sering memberikan titik-titik penyongsangan pasaran yang lebih jelas. Rangka masa yang digunakan untuk pendakatan ini adalah 5 minit.

Indikator-indikator yang digunakan

  • Purata Bergerak Eksponen 10 tempoh (EMA-10)
  • Purata Bergerak Eksponen 26 tempoh (EMA-26)

Di bawah anda akan lihat bagaimana anda boleh temui indikator Purata Bergerak di menu MetaTrader dan di mana anda boleh tetapkan penggunaan kaedah Eksponen untuknya.

Image_1.jpg

Idea dasar

Persilangan EMA digunakan untuk mentakrifkan trend.

Jika EMA-10 menyilang EMA-26 dari bawah ke atas dan terus menaik, ia petanda suatu uptrend.

Jika EMA-10 menyilang EMA-26 dari atas ke bawah dan terus menuruh, ada tekanan ke bawah pada harga.

Pembukaan dan penutupan urusniaga

Langkah 1

Anda nantikan EMA-10 menyilang EMA-26. Ini akan memberikan anda petunjuk untuk bersiap bagi membuka posisi. Tambahan lagi, cara EMA-10 menyilang EMA-26 mentakrifkan arah pembukaan urusniaga, seperti yang akan dijelaskan dalam senario di bawah.

Langkah 2

Anda tunggu hingga harga mengikut arah yang dicadangkan oleh EMA untuk sahkan interpretasi pasaran anda.

Langkah 3

Anda tunggu pembetulan tempatan melawan trend yang dicerap. Anda akan bukan posisi di harga tinggi/rendah pengunduran ini. Niat anda di sini adalah untuk memukat julat yang akan dilalui oleh harga selepas ia keluar dari pembetulan dan mengikuti semula trend yang dicerap.

Berikut adalah contoh-contohnya.

Contoh

Posisi Short

Di carta M5 GBPJPY, kita dapat cerap adanya satu downtrend. Tambahan lagi, kita nampak bahawa EMA-10 telah menyilang EMA-26 dari atas ke bawah dan terus bergerak ke bawah. Justeru, kita putuskan untuk menjual seiring trend menurun.Bagaimana pun, kita tidak menjual dengan serta merta. Sebaliknya, kita nantikan sehingga harga bergerak ke atas dalam satu pembetulan untuk mencapai sekurang-kurangnya titik tengah di antara dua EMA kita. Sekarang, kita letakkan pesanan jual.Renti rugi harus diletakkan 15-20 pip di atas aras pesanan jual. Ambilan untung adalah 30-40 pip.

Image_01.jpg

Posisi Long

Logik yang sama terpakai di pasaran yang sedang menaik.Pada carta M5 GBPJPY, kita cerap suatu uptrend. Juga, kita lihat bahawa EMA-10 telah menyilang EMA-26 dari bawah ke atas dan terus menaik. Lantas, kita putuskan untuk membeli seiring dengan trend menaik.Bagaimana pun, kita tidak membeli dengan serta merta itu juga. Sebaliknya, kita nantikan sehingga harga bergerak ke bawah dalam satu pembetulan untuk mencapai sekurang-kurangnya titik tengah di antara kedua-dua EMA. Sekarang kita boleh buat pesanan beli.Perhatian: Dalam senario ini, harga tidak hanya bergerak ke bawah ke titik tengah di antara dua EMA, tetapi jatuh lebih rendah – ini juga boleh diterima. Ideanya di sini adalah untuk mengesahkan bahawa pengunduran cukup signifikan untuk memberikan keuntungan maksimum sehingga ambilan untung terpicu aktif.Renti rugi harus diletakkan 15-20 pip di bawah harga pesanan beli. Ambilan untung adalah sejauh 30-40 pip.

Image_02.jpg

Beri perhatian

Seperti yang anda boleh lihat, aras Ambilan Untung dan Renti Rugi agak jauh dari aras pembukaan posisi. Itulah sebabnya mengapa kemeruwapan matawang diperlukan untuk mencapai aras-aras ini dan menjadikan strategi ini berkesan. Di satu sisi lain pula, pendekatan ini boleh dianggap agak berisiko di atas sebab yang sama. Nisbah antara Renti Rugi (15-20 pip) dan Ambilan Untung (30-40 pip) adalah 1 kepada 2. Pedagang perlu mempertimbangkan ini dan lihat kesesuaiannya dengan ekuiti yang ada dan pengurusan risiko yang digunakan. Sebagai rangkuman, kita boleh katakan bahawa 30 Pip Sehari ialah suatu strategi yang menarik dan agresif untuk mencatat keuntungan yang baik dengan setiap urusniaga. Ia mudah digunakan tetapi perlukan keberanian. Jika ia diperkuat dengan analisis trend yang standard sebagai langkah semakan berjaga-jaga, ia boleh menjadi perkakas yang ampuh di dalam persenjataan seorang pedagang.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.