FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

07 Apr 2025

Strategi

Strategi Perdagangan Third Touch

MDP-7471_1_cover_1200x675_MS.png

Strategi perdagangan Third Touch (juga dikenali sebagai Third Strike) hanya memerlukan satu elemen – satu garisan trend.

Pengesyoran:

  • Anda boleh melaksanakan strategi pada semua instrumen perdagangan, termasuk saham dan komoditi.

  • Penggunaan strategi ini pada rangka masa yang lebih kecil daripada M30 tidak disyorkan. Semakin kecil rangka masa, semakin rendah kemungkinan isyarat yang baik kerana terdapat gangguan harga.

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu anda ikuti. Pertama sekali, mari kita lihat senario ketika anda ingin membuka posisi long.

  1. Anda melihat pergerakan ke arah atas dan menandakan garisan trend, yang menghubungkan dua poin terendah. Poin-poin ini seharusnya menjadi poin ekstrem. Ini adalah bahagian paling sukar dalam strategi.

  2. Kita perlu menunggu pembetulan ke arah bawah dan memasuki pasaran selepas harga menyentuh garisan trend buat kali ketiga serta candlestick bullish terbentuk. Kita buka posisi long pada harga penutupan candlestick bullish ini.

  3. Kita letakkan renti rugi di bawah aras sokongan sebelumnya.

  4. Paras ambilan untung kita dikira seperti berikut:

Paras tertinggi selepas poin A – paras terendah di poin A = jumlah pip yang perlu anda tambahkan pada paras entri anda.

Kami akan menggunakan carta EURUSD dengan rangka masa M30 sebagai contoh.

Pada 11 Mac, pasangan tersebut mula bergerak ke atas. Kita tunggu poin B menandakan garisan trend menaik. Selepas itu, kita tunggu third touch di poin C dan buka posisi pada harga penutupan candlestick bullish pada 1.1292. Kita letakkan tahap renti rugi pada 1.1265 (lebih rendah daripada sokongan sebelumnya). Pengambilan untung kita adalah bersamaan dengan ukuran antara poin A (1.1221) dan paras tertinggi selepas poin A (1.1272). Oleh itu, kita letakkannya pada 1.1343 (poin entri + (1.1272-1.1221).

MDP-7471_1_1200x675_MS.png

Untuk posisi short:

  1. Apabila pergerakan menurun muncul, anda akan menandakan garisan trend antara dua paras tertinggi.

  2. Setelah poin kedua garisan trend, kita perlu menunggu pembetulan ke arah atas. Seterusnya, kita tunggu harga supaya menyentuh garisan trend untuk kali ketiga. Posisi short perlu dibuka pada harga penutupan candlestick bearish yang terbentuk selepas sentuhan ketiga.

  3. Kita letakkan renti rugi di atas paras rintangan sebelumnya

  4. Paras ambilan untung kita dikira seperti berikut:

Paras tertinggi di poin A – paras terendah selepas poin A = jumlah pip yang perlu anda tolak daripada paras entri anda.

Pada 14 Februari, pasangan EURUSD melonjak dari 1.2434 dan membuat pembetulan ke arah bawah. Selepas pembetulan jangka pendek, harga melonjak ke bahagian atas tetapi gagal untuk bergerak lebih tinggi daripada poin B. Keadaan ini membantu kami meramalkan kemungkinan terbentuknya trend menurun. Kita tunggu poin C mengesahkan ramalan kami dan memasuki posisi short selepas candlestick bearish terbentuk. Entri telah diletakkan pada harga penutupan candlestick pada 1.2405. Renti rugi kami ditetapkan di atas rintangan sebelumnya pada 1.2421. Ambilan untung dikira sebagai poin entri tolak jarak antara poin A dan paras terendah selepas A: 1.2405- (1.2434-1.2387) = 1.2358.

MDP-7471_2_1200x675_MS.png

Kesimpulan

Dalam artikel ini, kami menerangkan strategi yang mudah digunakan untuk trader trend. Kelebihannya adalah ia hanya memerlukan satu garisan trend, dan paras sokongan dan rintangan. Namun, anda perlu berhati-hati semasa berdagang pasangan, dan pastikan tiada kejadian yang boleh mempengaruhi pergerakan trend.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.