Kami meraikan satu pencapaian yang besar! FBS telah dinobatkan sebagai Best Forex Broker ASIA 2025 oleh World Business Outlook, mengukuhkan posisi sebagai peneraju dan reputasi kami yang diyakini merentasi seluruh landskap kewangan Asia.
Penghargaan ini mencerminkan tekad berterusan kami dalam memperkasakan trader dengan penyelesaian terkini, platform perdagangan yang inovatif, dan fokus yang kuat terhadap kejayaan pelanggan. Dengan pengalaman lebih 16 tahun di pasaran dan kehadiran di lebih 150 negara, FBS terus membina reputasi cemerlang — terutamanya di Asia, di mana komuniti perdagangan sedang berkembang pesat dan menuntut perkhidmatan yang terbaik.
Semua yang anda perlukan untuk gaya hidup perdagangan yang efisien ada pada janji yang ditawarkan oleh FBS kepada setiap pelanggannya. Dengan terma dan syarat perdagangan yang mengagumkan seperti leveraj sehingga 1:3000, komisen serendah sifar, spread dari 0.7 pip, dan pelaksanaan pesanan ultra pantas sesingkat 0.01 saat, FBS memberikan kelebihan yang benar-benar kompetitif. Deposit bermula dari hanya $5, menjadikan pasaran lebih mudah diakses oleh semua trader berbanding sebelum ini.
Selain daripada pengiktirafan yang berprestij tersebut, FBS juga telah dianugerahkan dengan gelaran Best Forex Customer Service Broker ASIA 2025. Daripada sokongan pelbagai bahasa 24/7 hinggalah kepada sumber pendidikan dan perkhidmatan dalam bahasa tempatan, FBS memastikan setiap trader menerima panduan dan alat yang mereka perlukan untuk berjaya dalam pasaran yang dinamik pada hari ini.
“FBS membantu trader berkembang menjadi lebih mantap pada setiap langkah dalam penerokaan perdagangan mereka,” kata seorang wakil FBS. “Anugerah ini membuktikan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kepada kami. Kami berbesar hati diberikan kepercayaan untuk memberikan perkhidmatan kepada jutaan trader di seluruh Asia dan akan terus komited menjadikan perdagangan lebih mudah diakses, menguntungkan, dan selamat.
FBS mengucapkan terima kasih kepada World Business Outlook dan komuniti perdagangan globalnya. FBS melihat pencapaian ini bukan sebagai matlamat akhir tetapi sebagai pembakar semangat untuk terus beraksi cemerlang dalam setiap interaksi.